ABAI, CUAI, LALAI
Marilah kita belajar memahami 3 istilah ini,
Tiga istilah ini ialah abai,cuai dan lalai,
Ada orang mengabaikan agama,
ada orang mencuaikan agama,
ada orang lalai beragama..
Apakah erti mengabaikan agama?
Mengabaikan agama tidak melaksanakan ibadah dan syariat
Tidak fikir halal dan haram
Tidak faham rukun iman,tidak faham rukun islam,tidak faham apakah itu ihsan..
Sekalipun dia mengaku islam,
dia tidak mempedulikan agama
Islamnya hanya keturunan,
Atau mungkin juga dia tahu sedikit sebanyak mengenai islam
Kerana pengaruh dunia dia tidak mengerjakannya
Itulah dia erti mengabaikan agama
Apakah erti cuai?
Cuai ini agak baik sedikit
Seseorang itu mengerjakan agama
tapi apabila sempat sahaja
Jika tidak sempat ditinggalkan sahaja
Atau waktu ada mood di buat
waktu tidak ada mood ditinggalkannya
Mungkin dikerjakan juga agama di waktu lapang,
tidak sibuk,di waktu sibuk atau sakit ditinggalkan pula
Ada orang di waktu senang dikerjakan
di waktu susah ditinggalkan
Termasuk cuai sebahagianajaran islam dikerjakan
dan sebahagian lain ditinggalkan
Itulah dia erti cuai beragama
Apa erti lalai?
Erti lalai,syariat2 lahir semuanya dikerjakan
Orang ramai lihat dia beragama
dan taat orangnya dengan Tuhan
Tapi ibadahnya tidak dihayati,
bahkan sesetengah bacaan-bacaannya tidak pun difahami
Tidak difahami apakah tuntutan ayat2
dan bacaannya yang diucapkan didalam ibadahnya
Termasuk juga lalai,ibadah lahirnya
tidak boleh dipersoalkan, lengkap tidak diabaikan
Namun takut dengan Tuhan tidak ada
Begitu juga cintakan Tuhan tidak ada di dalam jiwanya
Rasa kehambaannya tidak ada di dalam perasaannya
Kerana tertipu dengan ibadah lahirnya
tidak terasa lagi berdosa
Hatinya rasa selamat kerana ibadahnya
Adakalanya dia jadi sombong
dan megah dengan ibadahnya
Itulah dia di antara gambaran orang yang lalai
Orang yang beribadah begini,tidak ada nur di mukanya
Adakalanya orang boleh benci melihatnya
padahal dia ahli ibadah
Dia termasuk orang yang tertipu di dalam ibadahnya
Orang yang bertaqwa itu ialah tidak mengabaikan,
tidak cuai dan tidak lalai dengan agamanya
Ini orang yang selamat dan menyelamatkan dunia Akhirat...
"Ustaz Haji Asaari Muhammad"

Tiada ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini