Ukhuwwah Fillah ( Persaudaraan Kerana Allah )

Pendahuluan

Segala puji bagi Allah yang telah mempersatukan hati orang-orang mukmin. DenganNya mereka bersaudara. Selawat dan salam kepada utusanNya Muhammad s.a.w. yang telah memberi orang-orang mukmin contoh ukhuwwah dan kesetiaan yang unggul. Sehinggakan setiap sahabat merasa ia adalah orang yang paling dekat di hati baginda dan paling dicintainya.

Rahsia Ukhuwwah Fillah

Persaudaraan bukanlah dapat dibeli dengan harta dan bukan juga warisan daripada orang tua. Ukhuwwah adalah roh yang dihidupkan oleh Allah dalam hati orang-orang beriman apabila ia kehendaki agar mereka dekat dan bersatu. Demikian pula cint ayang merupakan rahsia yang lahir dalam hati-hati mereka bila dikehendaki Allah.

Firman Allah s.w.t

“walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang ada di bumi, nescaya kamu tidak akan dapat mempersatukan hati mereka. Akan tetapi Allah s.w.t telah mempersatukan hati mereka.”

( Al-Anfal,63)

Firman Allah s.w.t

“Dan Aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang dating daripadaKu dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanKu”

Firman Allah s.w.t

“Dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika dahulu (masa Jahiliyah) kamu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakan di antara hatimu lalu dengan nikmat Allah kamu menjadi orang-orang yang bersaudara.”

(Ali-Imran,103)

Ukhuwwah merupakan nikmat yang suci yang menyinari hati yang diredhai Allah. Ia adalah pemberian yang dianugerahkan oleh Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada hambaNya yang benar-benar beriman dan ikhlas. Oleh kerana itu, ukhuwwah fillah merupakan sifat yang mengiringi keimanan. Tidak ada ukhuwwah tanpa keimanan dan tidak ada keimanan tanpa ukhuwwah. Ukhuwwah tanpa keimanan hanya merupakan pertemuan kerana kepentingan tertentu dan saling bertukar budi. Keimanan tanpa ukhuwwah adalah keimanan yang kurang sihat dan memerlukan pengubatan.

Firman Allah s.w.t

“sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara”

(Al-Hujurat,10)

Ukhuwwah adalah suatu rahsia Allah yang suci dan tidak tunduk kepada criteria manusia dan tidak mengikut neraca-neraca mereka. Ia tidak memerlukan pengenalan atau pendahuluan kerana jiwa dan hati dalam beberapa saat sahaja boleh dipenuhi dengan perasaan ukhuwwah. Jaringan rahsia ini seakan-akan menguasai hati orang mukmin yang tidak pernah berkenalan sebelumnya. Dengan ikatan rahsia ini. Tidak sanggup berpisah dan tidak sabar menanti kalau berjauhan.

Sebenarnya ukhuwwah merupakan kesatuan roh,jalinan hati dengan hati,minumam yang bersih daripada Allah untuk hambaNya yang beriman. Dengan spontan rasa cinta bergerak dalam urat mengalir bersam darah, bersinar di wajah mereka. Mereka berpegangan tangan dengan penuh kasih sayang. Mereka bersama menikmati udara kesetiaan dan persaudaraan. Maha suci Allah telah mempersatukan hati dan menumbuhkan rasa cinta dalam dada. Bila keimanan hamba-hambaMu telah benar, maka Engkau perintahkan supaya mereka menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara.

j

Tiada ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini