Perkara Tentang Puasa

1. Wajib puasa tetapi tidak sah. Inilah puasa orang yang terlupa berniat puasa pada malamnya. 2. Tidak wajib puasa tetapi sah puasa. Inilah puasa kanak-kanak yang belum mumayyiz. Puasa yang ditunaikan sah tetapi hukum berpuasa tidak wajib. 3. Wajib batalkan puasa meski puasa tidak sah. Keadaan bagi wanita yang haidh dan nifas. Seseorang wanita wajib membatalkan puasa walaupun pada asasnya haidh dan nifas itu tidak menjadikan puasanya sah. Sebagai contoh Puan A datang haidh sepuluh minit waktu berbuka puasa. Maka dia berhasrat menunggu suami dan anak-anaknya untuk berbuka bersama-sama. Dalam keadaan ini, haram perbuatan Puan A. Dia wajib berbuka puasa ketika itu juga kerana dibimbangi dia menganggap dirinya masih berpuasa. Hal ini disebut dalam Kitab Muta'al Badrin. 4. Wajib qadha puasa tidak perlu kaffarah. Qadha bagi orang yang meninggalkan puasa seperti wanita yang uzur atau lelaki yang terpaksa meninggalkan puasa dengan sebab yang dibenarkan syarak. 5. Wajib qadha puasa wajib kaffarah. Wajib qadha bagi orang yang melengahkan puasa ganti sehingga melebihi tempoh setahun. Hukum wajib puasa jatuh ke atas empat kategori puasa. 1. Puasa Qadha' (puasa ganti) 2. Puasa Ramadhan 3. Puasa Nazar 4. Kaffarah 4.1 Orang yang membunuh dengan tidak sengaja. Dalil ayat 92 surah an-Nisaa. Hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut. Di samping itu perlulah menunaikan aqilah. 4.2 Orang yang menzihar isteri. Dalil ayat 2 surah al-Mujadilah. Hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut. 4.3 Orang yang melanggar sumpah. Dalil ayat 89 surah al-Maidah. Hendaklah berpuasa tiga hari. Tiada syarat dilakukan secara berturut. 4.4 Orang yang berjimak pada siang hari bulan Ramadhan. 4.4.1 Bagi lelaki, perlulah dia berpuasa dua bulan berturut-turut. Kiraannya bermula secara berterusan. Jika tertinggal sehari, maka perlulah dimulakan semula. 4.4.2 Bagi wanita, pengiraan juga berturut-turut dan diselang waktu uzur (haidh). Sebagai contoh, apabila berpuasa tujuh hari datang haidhnya. Maka setelah suci haidh, hendaklah disambung dengan kiraan hari kelapan. Jika hari pertama selepas suci haidh itu ditinggalkan puasa, hendaklah dimulakan semula dengan kiraan baharu.

Tiada ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini