KELEBIHAN SYAITAN




Kita semua tahu syaitan adalah musuh manusia, mereka berjanji dengan Allah untuk menyesatkan manusia dari zaman Nabi Adam A.S sehingga hari Kiamat. Syaitan tidak mempunyai kuasa apa-apa malah makhluk yang lebih lemah dari insan itu sendiri tetapi lihatlah sekeliling kita betapa ramai manusia yang membuat kejahatan bak kata orang tua ‘perangai mengalahkan syaitan’.







Namun begitu syaitan mempunyai atitude-atitude yang kita tidak sedari yang mereka amalkan menyebabkan manusia sering kecundang dek hasutan syaitan, iaitu:

1. Pantang menyerah Syaitan tidak mudah menyerah selagi keinginannya untuk menggoda manusia belum tercapai. Sedangkan manusia banyak yang mudah menyerah dan malah sering mengeluh. 

 2. Selalu Berusaha Syaitan akan mencari apa cara pun untuk menggoda manusia dan agar tujuannya tercapai, selalu kreatif dan penuh idea. Sedangkan manusia suka rilek, ramai yang malas. Sebab tu ada pepatah di kalangan student “belajar biar ciput, result biar ribut” 

 3. Konsisten Syaitan dari diciptakan tetap konsisten pada pekerjaanya, tak pernah mengeluh dan berputus asa. Sedangkan manusia banyak yang mengeluh dan tidak berpuas hati dengan pekerjaannya, padahal banyak manusia lain yang mengaggur. 

 4. Sepakat Syaitan tidak pernah saling menyakiti, saling menjatuhkan, bahkan selalu bekerjasama untuk menggoda manusia. Sedangkan manusia, suka menjatuhkan,kedekut ilmu, busuk hati , tidak peduli sesama sendiri malah sering berbunuhan sesama sendiri. 

 5. Genius Syaitan itu paling pintar mencari jalan supaya manusia tergoda. Sedangkan manusia ramai yang tidak kreatif, bahkan ramai yang jadi peniru dan plagiat. 

 6. Tidak berkira. Syaitan bekerja 24 Jam tanpa mengharapkan imbuhan apapun. Sedangkan manusia, apapun harus dibayar. 

 7. Suka berteman Syaitan adalah mahluk yang slalu ingin berteman, berteman agar ramai kawannya di neraka kelak. Sedangkan manusia memilih kawan, tengok status, mementingkan diri sendiri dan ego.

JANGAN BERSEDIH ( LAA TAHZAN )





agaimana Menghadapi Kritikan


 Allah Yang Maha Pencipta dan Pemberi Rezeki Yang Maha Mulia, 
sering mendapat cacian dan cercaan dari orang-orang pandir yang tak berakal dan tidak tahu diri. 
Maka, anda dan kita semualah manusia yang selalu terlanjur dan salah. 
Dalam hidup ini, terutama jika anda seseorang yang selalu memberi, memperbaiki, mempengaruhi dan berusaha membangun, maka anda akan selalu menjumpai kritikan-kritikan yang pedas dan keras. 
Mungkin pula, sesekali anda akan mendapat cemuhan dan hinaan dari orang lain.
 Dan mereka, tidak akan pernah diam mengkritik anda sebelum anda masuk ke dalam liang lahad,
 menaiki tangga ke langit, dan berpisah dengan mereka. 
Adapun bila anda masih berada di tengah-tengah mereka, 
maka akan selalu ada perbuatan mereka yang membuat anda bersedih 
dan menitiskan air mata, atau membuat tempat tidur anda selalu terasa gersang.
 Perlu diingat, orang yang duduk di atas tanah tidak akan pernah jatuh, 
dan manusia tidak akan pernah menendang anjing yang sudah mati.
 Adapun mereka marah dan kesal kepada anda adalah karena mungkin 
anda mengungguli mereka dalam hal kebaikan, keilmuan, tindak tanduk, atau harta. 
Jelasnya, anda di mata mereka adalah orang berdosa yang tidak terampuni 
sampai anda melepaskan semua kurnia dan nikmat Allah yang ada pada diri anda,
 atau sampai anda meninggalkan semua sifat terpuji 
dan nilai-nilai luhur yang selama ini anda pegang teguh.

 Dan menjadi orang yang bodoh, pandir dan jahil adalah yang mereka inginkan dari diri anda.
 Oleh sebab itu, waspadalah terhadap apa yang mereka katakan.
 Kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan, cemuhan dan hinaan mereka. 
Bersikaplah laksana batu batan; tetap kukuh berdiri meski diterpa butiran-butiran salji yang menderanya setiap saat, dan ia bahkan semakin kukuh karenanya.
 Artinya, jika anda merasa terusik dan terpengaruh oleh kritikan 
atau cemuhan mereka, berarti anda telah meluluskan keinginan mereka 
untuk mengotori dan mencemarkan kehidupan anda.

 Padahal, yang terbaik adalah menjawab atau merespon 
kritikan mereka dengan menunjukkan akhlak yang baik. Lupakan sahaja mereka,
 dan jangan pernah merasa tertekan oleh setiap usaha mereka untuk menjatuhkan anda. 
Sebab, kritikan mereka yang menyakitkan itu pada hakikatnya merupakan ungkapan penghormatan untuk anda. Yakni, semakin tinggi darjat dan posisi yang anda duduki,
 maka akan semakin keras pula kritikan yang anda terima itu.

 Bagaimanapun, anda akan kesulitan mendiamkan mulut mereka 
dan menahan gerakan lidah mereka. 
Yang anda mampu adalah hanya mengubur dalam-dalam setiap kritikan mereka,
 mengabaikan tingkah laku mereka pada anda,
 dan cukup membalas setiap perkataan mereka sebagaimana yang diperintahkan Allah,

  “Katakanlah (kepada mereka): "Matilah kamu karena kemarahanmu itu." (QS. Ali 'Imran: 119)

Bahkan, anda juga dapat memasukkan mulut mereka dengan 'potongan-potongan daging'
 agar mereka diam seribu bahasa dengan cara memperbanyak keutamaan,
 memperbaiki akhlak, dan meluruskan setiap kesalahan anda.
 Dan bila anda ingin diterima oleh semua pihak, dicintai semua orang,
 dan terhindar dari cela, berarti anda telah menginginkan 
sesuatu yang mustahil terjadi dan mengangankan sesuatu yang terlalu jauh untuk dicapai..

WASIAT NABI saw KEPADA ALI raw

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

 Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya: 
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3)Merendahkan diri.

 Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya: 
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

 Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya: 
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

 Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya: 
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

 Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untukmemasukinya. Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.............

ADAB BERCINTA DALAM ISALAM




Assalamualaikum wbt,,
Salam perjuangan buat sang pembaca...

Dalam surah ar-Rum ayat 21 Allah menyatakan,

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”

 ISLAM menggariskan akhlak yang terbaik untuk merealisasikan percintaan sesama lelaki dan perempuan yang mukalaf. Terdapat tiga peringkat percintaan yang mana orang Islam hendaklah mencuba sedaya upaya mereka untuk memelihara kesucian cinta itu daripada dicemari unsur-unsur maksiat dan perkara-perkara yang dapat membawa kepada kemurkaan Allah. Tiga peringkat tersebut adalah cinta sebelum perkahwinan, cinta selepas bertunang dan cinta selepas perkahwinan. 




Cinta Sebelum Kahwin

          Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian. Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan. Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:

1.Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain. 
2.Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka. 
3.Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta. 
4.Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu. 
5.Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. 

                 Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah. Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan. Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.



Cinta Selepas Bertunang

 Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Ber-tunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan. Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan. Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalal-kan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk sentuh-bersentuhan, cium-berciuman dan sebagainya. Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati-hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.


Cinta Selepas Kahwin

             Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”. Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam.
               Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:

 1.Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat. 
 2.Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.
 3.Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh. 



Seharusnya Cinta.

           Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah. Ini adalah kerana mereka yakin cinta datang dari Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia. Hanya segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada Allah. Tidak kira apa bangsa ataupun agama sekalipun, hakikat cinta adalah kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang menciptakan segala cinta.
            Agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu serta lain-lain agama tetap mengupas persoalan cinta sebagai sumber kedamaian hati dan keamanan dunia. Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan. Cinta penuh dengan air mata, aliran perasaan yang amat deras dan getaran yang mengilukan hati. Cinta juga penuh dengan keindahan, keselesaan, kehalusan perasaan dan kenikmatan jasmani mahupun rohani. Ini adalah kerana, cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan antara manusia dan Tuhan, manusia dan alam, serta manusia dan perbuatan.
             Oleh yang demikian, insan yang beriman dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dalam pergaulan, kekecewaan dalam percintaan, dan kehancuran dalam kehidupan. Mereka memahami hakikat cinta dan jenis-jenis cinta yang wujud dalam dunia ini, lantas menjadikan fikiran mereka lebih terbuka dan bijaksana dalam menangani soal percintaan. Penderitaan, penyesalan, dan kebencian tidak dijadikan sebagai sumber yang boleh memudaratkan diri dan hati, tetapi sebaliknya sebagai sumber yang memberi kesedaran dan keinsafan akan hakikat kehidupan yang sebenarnya.


  Dipetik daripada buku “PSIKOLOGI CINTA” terbitan PTS Millennia Sdn Bhd

Ganjaran Bulan Dzulhijjah

Assalamualaikum wbt, Salam Uhkwah, Salam Dzulhijjah, Kebanyakan muslim telah sedia maklum tentang kelebihan yang tersedia pada malam Ramadan, terutama pada sepuluh malam terakhir. Namun, tidak semua orang tahu bahawa sepuluh hari pertama bulan terakhir dari bulan Islam, Dzul Hijjah, juga dipenuhi dengan kelebihan yang sama. Allah telah memberikan banyak peluang kepada muslim pada sepanjang tahun untuk mereka memperbaharui iman mereka dan untuk mendorong mereka ke arah kebaikan dengan menentukan hari-hari yang istimewa. Jadi, kita masih mempunyai kesempatan dan kita tidak harus membiarkan peluang ini hilang begitu saja seperti sebelum ini. Allah berfirman dalam al-Quran dalam Surah Al-Fajr (terjemahan): "Demi fajar, dan malam yang sepuluh, " [Al-Fajr 89:1-2]. Kebanyakan ulama' bersetuju bahawa sepuluh malam ini merujuk kepada sepuluh malam pertama Zulhijah. Ibnu Kathir juga telah membenarkan pendapat ini dengan menyatakan: "Ini adalah pendapat yang benar." [Tafsir Ibnu Katsir, 8 / 413] Ibnu 'Abbas melaporkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) berkata, "Tiada amalan baik yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih unggul dari amalan-amalan yang dilakukan pada bulan zulhijjah." Di antara amalan yang digalakkan pada sepuluh hari ini adalah berpuasa sunat, menawarkan korban binatang (biri-biri, kambing, dll), bertaubat dengan ikhlas, membaca Quran, melakukan solat malam dan akhirnya menunaikan solat `eid pada hari ke-sepuluh Dzul Hijjah . Hafsah melaporkan, "Ada lima perkara yang tak pernah ditinggalkan oleh Rasul (s.a.w.): puasa hari 'Asyura, puasa yang 10 [iaitu pada hari pertama Zulhijah], puasa 3 hari pada setiap bulan dan solat dua rak'aat sebelum solat subuh ". [diriwayatkan oleh Ahmad dan An-Nasa'i]. Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasulullah (s.a.w) berkata, "Tidak ada hari yang lebih dicintai oleh Allah untuk anda beribadah padanya berbanding sepuluh hari Dhul Hijjah. Berpuasa pada mana-mana hari sepanjang waktu itu adalah sama dengan puasa satu tahun, dan melakukan solat Tahajjud (solat malam) pada mana-mana malam sepanjang tempoh itu adalah seperti melaksanakan solat malam pada malam al-qadr."[diriwayatkan oleh Tirmidzi, Ibnu Majah, dan al-Baihaqi]. Nabi (s.a.w) memerintahkan kita untuk mengucapkan banyak Tasbeeh ("Subhan-Allah"), tahmid ("Al-hamdu Lillaah") dan takbir ("Allaahu Akbar") selama waktu ini. 'Abdullah bin' Umar (radhiallahu 'anhuma) melaporkan bahawa Nabi (s.a.w) berkata: "Tidak ada hari yang lebih agung pada pandangan Allah dan tiada amalan-amalan yang lebih dicintaiNya berbanding sepuluh hari ini , jadi pada waktu ini banyakkanlah bertahleel ("La ilaaha ill-Allah"), takbir dan tahmid ". (HR Ahmad, 7 / 224; Ahmad Shaakir menyatakan bahawa itu adalah sahih). Sabda Nabi S.A.W: “Pada hari Arafah (10 DZULHIJJAH)), Allah akan menurunkan limpahan rahmatNya, itulah hari paling banyak Allah membebaskan hamba-hambaNya (daripada api neraka). Sesiapa yang memohon sesuatu hajat kepada Allah pada hari Arafah sama ada hajat dunia mahupun akhirat nescaya Allah akan mengurniakannya. Puasa hari Arafah menghapuskan (dosa-dosa kecil) tahun yang lalu dan tahun akan datang”. (MUKASYAFATUL QULUB OLEH IMAM AL-GHAZALI) Kelebihan Beramal Di Bulan Dzulhijjah 1. Daripada Aishah, beliau berkata: “Ada seorang pemuda yang luhur jiwanya, apabila menjelang bulan zulhijjah maka dia sering berpuasa disiang harinya. Lalu perkara ini sampai ke pengetahuan Nabi lalu Baginda memanggil pemuda tersebut dan bartanya: Kenapakah anda berpuasa (sunat) pada hari-hari tersebut? Pemuda itu menjawab: Wahai Rasulullah, aku berumpah demi ibu dan bapaku, itulah hari-hari syiar (hari kebesaran Islam) dan hari bulan haji (zulhijjah), semoga Allah menyertakan aku di dalam doa orang-orang yang menunaikan haji. Nabi bersabda: Sesungguhnya bagi setiap hari yang engkau berpuasa nilainya menyamai (memerdekakan) 100 hamba, (mengorbankan) 100 ekor unta dan (menggunakan) 100 ekor kuda Fi SabiliLlah. Adapun pada hari Tarwiah (8 zulhijjah) maka nilainya menyamai 1000 hamba, 1000 unta dan 1000 kuda Fi SabiliLlah. Dan pada hari Arafah nilainya menyamai 2000 hamba, 2000 unta dan 2000 kuda Fi SabiliLlah”. 2. Sabda Nabi S.A.W: “Sesiapa yang berpuasa pada hari Tarwiah Allah akan mengurniakannya seumpama pahala kesabaran nabi Ayyub A.S menghadapi ujian. Dan barangsiapa yang berpuasa pada hari Arafah maka Allah akan mengurniakannya seumpama pahala perjuangan Nai Isa A.S”. 3. Sabda Nabi S.A.W: “Pada hari Arafah, Allah akan menurunkan limpahan rahmatNya, itulah hari paling banyak Allah membebaskan hamba-hambaNya (daripada api neraka). Sesiapa yang memohon sesuatu hajat kepada Allah pada hari Arafah sama ada hajat dunia mahupun akhirat nescaya Allah akan mengurniakannya. Puasa hari Arafah menghapuskan (dosa-dosa kecil) tahun yang lalu dan tahun akan datang”. (MUKASYAFATUL QULUB OLEH IMAM AL-GHAZALI) Jadi, sebagai seorang muslim kita harus menyambut hari ke-sepuluh Dzul Hijjah dengan semangat dan kesungguhan yang sama seperti kami menyambut sepuluh hari terakhir bulan Ramadan atau hari-hari besar yang lain. Marilah kita berusaha semampu mungkin. Selamat Beramal, Jazakallah , Wassalam..
Terdapat ralat dalam alat ini