ISTIGHFAR





Seorang wanita berkata:
"suamiku meninggal dunia pada saat usiaku 30 tahun dan aku memiliki 5 orang anak lelaki dan perempuan darinya.Dunia seolah gelap-gelita dimataku dan aku menangis hingga hampir buta. Aku menyesali nasibku, aku berputus asa , kecelaruan menyelimutiku dan kesedihan menghimpitku. Anak-anakku masih kecil dan kami tidak memiliki pendapatan yg mencukupi. Aku membelanjakan dengan sangat berhemat baki harta yg ditinggalkan oleh suamiku.

Suatu hari aku masuk kedalam bilik utk mendengar Al Quran dari radio. Tiba-tiba seorang syeikh dalam siarannya mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda  yang bermaksud ;
 
" BARANG SIAPA YG BANYAK MEMBACA ISTIGHFAR, NESCAYA ALLAH AKN MENJDKAN BGNYA JLN KELUAR DR SETIAP KESUSAHANNYA DAN MENJDKAN KELAPANGAN DR SETIAP KSEMPITANNYA."

Setelah itu aku memperbanyakkan istighfar, demikian juga anak-anakku, aku perintahkan mereka untuk melakukan perkara yg sama. Hasilnya, tidak lebih dari 6 bulan kami miliki dengan keuntungan wang berjuta-juta.
Selanjutnya, ankku yg pertama dapat masuk sekolah di daerah tempat kami berada. Ia berjaya menghafal Al Quran dan menjadi pusat perhatian dan simpati orang ramai. Kini rumah kami dipenuhi dengan kebaikan dan kehidupan kami menjadi sejahtera. Allah memperbaiki keadaan semua ank lelaki dan perempuanku. Kini lenyaplah semua kesusahan, kecemasan dan kesedihan yang sebelumnya begitu mencengkam diriku dan aku pun berubah menjadi WANITA YANG PALING BAHAGIA.

Jadi apa yg anda tunggu lg??Mulakan hari anda dgn memperbanyakkan istighfar kpd Nya..
YANG MAHA PENGAMPUN.
Insyaallah.. Semoga Kita beroleh rahmat daripada-NYA,
Selamat Beramal.



dipetik dan diringkaskan dariapda buku 
''Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia''
Dr.'Aidh Bin' Abdullah Al-Qarni

Tiada ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini