PAGAR DIRI


Asslamalaikum wbt dan salam 1Jihad...

Sihir mungkin tidak mengenal siapa kita,
Ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.
Terdapat beberapa cara memagar diri dari ilmu hitam (sihir) berlandaskan al-Quran dan
 as-Sunnah. berikut adalah antara  cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar 
diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.

Pagar Pertama (1)
Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah. 
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama denganTamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati
sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:
"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".
                                                                                                      Riwayat al Bukhari.
Pagar Kedua (2)
Berwuduk sebelum tidur

Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka. Sabda Rasulullah S.A.W.: Ertinya: 
"Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci'"
                                                             Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik.
 
Pagar Ketiga (3)
Mengambil berat tentang solat berjemaah

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim
bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah
menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk,menyihir atau melakukan kejahatan lain. Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.'
                                                             Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik.
 
Pagar Keempat (4)
Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir.

Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. Sifat 
mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan 
syaitan tersebut. Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam,  maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:
               Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"
                                                                            Riwayat al Bukhari dan Muslim.
Pagar Kelima (5)
Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas.

Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan. Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda  akan membaca doa perlindungan dengan berkata :
Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan".
                                                                                      Riwayat al Bukhari dan Muslim.
Maksudnya adalah berlindung dari gangguansyaitan-syaitan jantan atau betina.
 
Pagar Keenam (6)
Memagar isteri selepas selesai akad nikah

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa :
"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannyadan kebaikan yang telah Engkau      selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang    telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan    lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya"
                                              Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik.
 
Pagar Ketujuh (7)
Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga   terlelap.

Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: 
"Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam         peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke 
waktu  bagi'. Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut
sambil berkata:
"Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ía sendiri sememangnya penipu" 
                                                                                            Riwayat al Bukhari.


 

ADAKAH AKU SEORANG DAI'E








Seorang Daie bersegera menunaikan Solat berjamaah apabila azan telah
dikumandangkan.


Sedangkan kita selalu melewatkan solat dan hanya sempat dengan saf beberapa detik sebelum Imam salam


Seorang Dai'e mewajibkan dirinya agar tetap membaca Al-Quran setiap hari walau sedikit.

Kita sering terlupa membaca Al-Quran dengan beralasan sibuk dan membacanya
sesekali setelah berlalu berhari-hari



Seorang Daie amat memerhati dan menjaga masanya, tidak diisi secara sia-sia
melainkan dengan sesuatu yang terancang dan bermanfaat.


Kita kurang memberi perhatian kepada masa, sering membuangnya dengan sia-sia dan melakukan banyak perkara secara kebetulan


Seorang dai'e selalu terasa dirinya diawasi oleh Allah, mengingati akhirat dan
mempersiapkan diri untuk menghadapinya.


Kita sering tidak terasa kebersamaan Allah, melupai akhirat dan kematian serta
kerap menangguh-nangguh amal dan taubat



Seorang Daie suka menghadiri halaqah ilmu, sangat mencintai ilmu dan Ulama
serta berlapang dada dengan teguran atau nasihat sebagai proses peningkatan diri


Kita cepat merasa cukup dengan ilmu yang ada, kurang bermotivasi dengan majlis ilmu dan sukar menerima teguran orang lain



Seorang Daie rumahtangganya dihiasi dengan biah solehah, persekitaran tarbiyah, hidup dengan sunnah dan ibadah serta meriah dengan hiburan Al-Quran
atau nasyid-nasyid Islami.


Kita rumah menjadi sarang syaitan, kosong dari gema Al-Quran, hambar dari ruh ibadat dan sunnah, penuh dengan maksiat, hiburan, tayangan-tayangan televisyen yang merosakkan akhlak


Seorang dai'e menguasai diri, rasional, berlaku adil terhadap sesiapa pun dan
menetapkan sesuatu dengan benar.


Kita sering dikuasai emosi dan marah sehingga membelakangkan keadilan, kebenaran atau kebaikan orang lain


Seorang Daie jiwanya dipenuhi cinta dan kasih sayang, mudah memaafkan, berjiwa
besar dan tidak pendendam.


Kita jiwa dirajai dengan benci, suka bermusuhan, sukar memaafkan, keras, kasar


Seorang Daie menjauhi riba, berusaha seupaya mungkin memastikan setiap urusan muamalat terpelihara dari unsur haram dan syubhat.

Kita mencari-cari alasan bagi mengharuskan terjerumus dalam riba, memandang remeh dan tidak sensitive dengan perkara yang haram maupun syubhat dalam muamalat


Seorang Daie memperuntukkan sebahagian harta yang dimilikinya walaupun sedikit untuk dana dakwah.

Kita tidak rasa pentingnya infak, tiada peruntukan untuk dana dakwah kecuali sekali sekala malah zakat (selain zakat fitrah)pun sering terabai


Seorang Daie tahu menguruskan kewangan dan sentiasa menyimpan di masa senang sebagai persiapan di masa kesusahan mendadak.

Kita boros, tidak membudayakan tabungan, suka membuat pinjaman dan tidak mengurus kewangan secara berhemah


Seorang Daie sentiasa berfikir, bangun, berdiri dan bergerak mengusahakan strategi demi strategi untuk menjayakan dakwah Islam.

Kita menunggu, menanti, mengharap keajaiban dan kebetulan dalam usaha menjayakan dakwah .



Medan berbicara berbeza dengan medan berfikir, medan amal berbeza dengan medan berbicara, medan jihad berbeza dengan medan beramal, medan jihad yang benar berbeza dengan medan jihad yang salah.


Sangatlah mudah bagi sebahagian besar manusia untuk berfikir. Namun tidak semua yang terdetik dalam benak fikiran mampu terungkap dengan kata-kata yang keluar dari lisan. Banyak orang yang boleh berbicara, tetapi amat sedikit di antara kata-kata ucapan itu tercermin dalam bentuk perbuatan. Masih banyak orang yang mampu berbuat amal, tetapi hanya sedikit yang mampu menanggung beban jihad yang begitu berat. Ada orang yang sanggup menanggung beban jihad, tetapi tidak ramai yang mampu berjihad dengan istiqamah!


Kesimpulannya, pendakwahkah kita?
Renungkanlah wahai hamba ALLAH yg lemah..
Terdapat ralat dalam alat ini