MASA DAN DEMI MASA

Assalamualiakum wbt,

Alhamdulillah, setelah sekian lama laman ini sepi daripada coretan, maka malam ni ALLAH swt telah kurniakan hidayah untuk Uncle mencoret yang InsyaALLAH dapat beri manfaat bersama. Bersempena dengan Awal Muharam ini, marilah kita buka minda tanya iman untuk hayati nikmat ALLAH yang amat berharga. Atas dasar itu, terdapat beberapa persoalan.
Allah Subhana Wata’ala berfirman dalam Al-Qur’an :





Berdasarkan ayat di atas, terdapat tiga (bukan dua), Persoalan penting untuk kita…

1. Apakah yang paling berharga?
2. Apa yang pasti selalu hilang?
3.????



 Persoalan 1

 Apakah yang paling berharga?


Jawapannya adalah “MASA”.
Mengapa?
Kerana semuanya perlu dibeli dengan masa, tanpa terkecuali.


Ali       :  “ Ustaz, bukankah untuk menunaikan haji mestilah guna wang..? ”


Ustaz   :   “Ya Ali,Walau wang anda sekarung, tapi anda tidak punyai masa, bolehkan anda

                 menunaikan haji tersebut,,? ”



Ali       :Untuk beli Hand Phone juga perlu wang juga kan ustaz?”


Ustaz   : “ Betul, tapi untuk membelinya juga perlukan masa, Semua harus dibeli dengan masa,

                bukan dengan wang. Yang memerlukan wang hanyalah sebagian kecil sahaja.

    Ok, cuba lihat ini:
1). Solat berjemaah di masjid perlu masa, tapi tidak perlu wang.

2). Puasa Ramadhan dan puasa sunnah juga perlu masa, tidak pakai wang.
3). Membaca Al-Qur’an juga perlu masa, tidak perlu wang.
     Semua perkara perlu masa, tetapi tidak semua perkara perlu masa.”



Ali       : “ oh,, barulah saya faham betapa mahalnya masa daripada wang,, terima kasih banyak

                 ya uztza….”



Ustaz   : “Terima kembali ya Ali,,

    Ingat..Cari wang perlukan masa, tetapi cari masa tidak perlukan wang,
    Adakah yang tidak perlukan masa?
    Pasti tidak ada…”



Ustaz   : “ Ali,, ok,, cuba lihat situasi kita sekarang, bukankah anda perlu masa untuk bercerita

                 kepada ustaz? Adakah kamu juga perlukan wang untuk bercerita dengan ustaz.,? ”

Ali       : “ Betul ya ustaz, jika tiada masa, saya tidak kan dapat bertanya kepada ustaz, tapi saya

                 masih dapat bertanya walaupun saya tiada wang..”



Ustaz   : “ Nahh,,,oleh itu, masa adalah segala-galanya, waktu adalah sesuatu yang paling

     berharga..”







Persoalan 2:

Apa yang PASTI selalu hilang?


Apakah jawapan  anda…?

Ternyata jawapannya juga ialah “MASA”


Dalam setahun kita pasti kehilangan masa 365 hari,
Tapi lihatlah rumah anda, kerata mewah anda, keluarga anda…
Semuanya masih ada lagi, bahkan akan bertambah,

Dalam sehari kita pasti kehilangan masa 24 jam,
Dalam satu jam kehilangan masa 60 minit,
Dalam 1 menit kita kehilangan masa 60 detik,
Satu detik itu sungguh berharga,,

Ya, setiap manusia tanpa kecuali pasti kehilangan waktunya

Apa yang paling berharga? Apa yang pasti selalu hilang? Itulah waktu…

Maksudnya,

“ SETIAP MANUSIA PASTI KEHILANGAN SESUATU YANG PALING BERHARGA”

So… menurut anda,apakah  kehilangan sesuatu yang paling berharga itu:
1). Gembira atau sedih?
2). Keluarga atau kekasih?
3). Untung atau rugi?
Ternaya semuanya bukan?

Ketahuilah  bahawa setiap manusia itu akan rugi karena pasti kehilangan sesuatu yang paling berharga (Masa). Inilah maksud Al-Qur’an surah Al Ashr: “Demi waktu! Sesungguhnya manusia dalam keadaan rugi…

Tapi Allah Sang Maha Pemurah telah memberikan penyelesaian agar kita tidak dianggap rugi, Iaitu dengan menjadi orang yang beriman, beramal dan berdakwah sebagaimana firman-Nya :

“ Demi waktu, Sesungguhnya manusia dalam keadaan rugi, melainkan bagi orang-orang yang beriman dan ber’amal shaleh serta saling berpesan-pesan  tentang kebenaran dan kesabaran..”
(QS Al Ashr: 1-3)





Persoalan ketiga:


Sudahkah kita tingkatkan iman, amal dan dakwah ( berpesan-pesan kepada kebaikan)??



-Untuk beriman, banyakkanlah baca ayat-ayat ALLAH swt, seperti ayat di atas,

-Untuk bermal, fahamilah ayat-ayat ALLAH swt serta amalkanlah suruhan-NYA dan tinggalkanlah larangan-NYA,

-Untuk berdakwa, ( berpesan-pesan kepada kebaikan), kongsilah artikel ini kepada rakan-rakan anda kerana ia Cuma perlukan masa, bukannya Wang, jangan tunggu lama-lama lagi, klik lah butang "Share"



Renung-renungkanlah..

Wallah Alam,,,

Tiada ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini